السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Saturday, December 29, 2012

Anything About LOVE !


Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Well, according to the tittle, hurmm .... Lets see ... err, dalam BM and BI eh ! haha =D
Seriously, I have no idea on what the purpose of that TITTLE .... and why ...???

Entah hape-hape lah tajuk nih !

semasa nak tulis blog ni, aku terfikir tentang CINTA or known as LOVE,
Frankly, I'm also in love now ! .. =)
But, aku still nak luahkan pendapat aku kat sini. 
Harap maaf kalau ada yang terasa, cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah tiada ... =)

Aku pernah dengar tentang,

"Stop finding for the right women/men, but try to be a right women/men"
"Love isn't finding a perfect person, but its seeing an imperfect person perfectly"

kalau orang kata LOVE itu adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan seseorang, kenapa mesti bermain dengannya ......?
Dah ada kapel kan, kenapa perlu mencari orang lain ...? GILA kau ! Gila !
hahahahhahaa ..... GILA la orang tuh !
Setiap orang ada LOVE STORY mereka masing-masing dan TAK SAMA dengan orang lain !...

Well, aku ada point sikit-sikit dengan korang jugak ni ....

And, JANGAN ADA YANG TERASA ! =)
TAK KIRA LELAKI @ PEREMPUAN ! .. 

  1. Curang ...? Bahagia ke korang curang dengan pasangan anda ? sekejap tadi ada terbaca post seseorang mengatakan, "Tak salah kita curang dengan pasangan kita selagi kita belum kahwin" .... well, memang tak salah pun, tapi yang salah nye, kita mainkan perasaan pasangan kita !... Mungkin kita bahagia dengan mainkan perasaan seseorang, tetapi, pernahkah terfikir, tetiba kita rasa betul-betul sayangkan seseorang tu, then, seseorang tu juga bermain dengan perasaan kita.. Cuba fikir! Bahagia kah kita kalau kita nak curang .....?
  2. Kisah Cinta atau LOVE STORY ...? Setiap orang mempunyai kisah cinta mereka tersendiri, dan TAK SAMA dengan orang lain.... Let me explain to you........ Dalam satu kisah (aku dengar dari kawan aku - maafkan aku kawan sebab kopipes kau punya cerita -eh, ade kene mengena yg hidup lak!.. hehehe), si A bercerita kepada si B yang telah aku pendekan !.. hehe =)

  • si A : Aku pelik la awek/pakwe aku [consider as C] ni ......
  • si B : kenapa pulak dengan dia?
  • si A : Yela, sentiasa jealous je, setiap masa jealous ....
  • si B : eh, aku tak faham la.. ape yang big deal sangat tentang jealous nih ??
  • si A : Yela, ko nak tahu tak, setiap kali aku komen-komen ke, atau mesej ke dengan perempuan lain kat Facebook @ Tweeter, terus hah call aku .....!
  • si B : larrr, yeke ?
  • si A : Yela .... aduhai ... -_-
  • si B : Pelik gak ngan C kau nih eh ! Kalau aku tak pula macam tuh, kalau awek/pakwe aku [consider as D], dia sporting je... Aku pernah tanya dia, samada dia oke ke tak kalau aku mesej atau komen-komen dengan orang lain, dia cakap oke je.....
  • si A : Hmm... baguslah macam tu ..... kan ?
  • si B : Yela, dia cakap kalau dengan kawan oke je ..... tak kisah ... Dia tahu aku setia ....... hahahaha
  • si A : Baguslah kalau macam tu, tapi aku pun setia jugak lah ! Adoyai !
  • si B : Dah lame ke wei korang kapel ??
  • si A : Tak de lah lame sangat, dalam 2 tahun setengah !
  • si B : Choi ! Lame doe tuh ! Bangang ! hahahahaha
  • si A : Tapi weh, aku kadang-kadang rimas lah..
  • si B : kenapa pulak ??!!
  • si A : Yela, setiap masa je nak call ke, nak mesej ke ... kadang-kadang kalau tak replied mesej dia ke, tak angkat call dia ke, lambat ke .. bla bla bla .......... dia terus merajuk, x semena-mena ! Aku tak tahu la !
  • si B : Ala biasa la tu, -Kalau C tu perempuan- orang perempuankan perlukan perhatian lebih sikit.... Kalau C tu lelaki - Dia risaukan kau la tuh ! Kalo aku dengan D ni, lain sikit la .. Kadang-kadang tak mesej jugak, sebab dia busy dan aku pun busy, pandai-pandai la ... tapi malam tu sebelum tido, kenalah call ke atau mesej ke .. baru lena sikit nak tido ........ kalau tak memang aku pun marah jugak lah ! hahahaha
  • si A : Yeke? Baguslah macam tu, tapi biarlah ...... =)
Aha ! Mengikut cerita diatas, hurrmmm ... 
Banyak persoalan dan pendapat pula yang bermain di minda aku !...
- Si C tuh macam aku ! - hahahahaha =D
- Giler weh terasa dengan cerita sendiri ! (=_=)
- INI MEMANG GILER SAME @ SAME GILER ! (-_-)
  1. Mungkin salah si C sebab terlampau jealous, tapi mungkin jugak semua tu bersebab.. well, kan sekarang ni lelaki tak boleh percaya .. er, tapi perempuan pun tak boleh percaya ! Cume mungkin si C ni terlampau sayangkan si A ... salah jugak kalau terlampau sayang ! ayyaaaiiii ~ hahaha ~
  2. CEMBURU tu dah memang SIFAT yang ada dalam diri PEREMPUAN. cuma si perempuan kena pandai kontrol ! -pesanan kpd diri aku jugak sebab aku pun jenis kuat jealous ! hahaha -
  3. Perbezaan antara kisah A dan B, yang paling baik adalah kisah si B, di mana sama-sama tak kisah tentang masing-masing... si B mungkin la boleh berkata biasa, tapi seandainya si D buat hal, tak ke keruan dibuatnya ! haha [Mentang-mentang lah si C tuh macam same dengan aku kan, memang aku MAKAN lah si B .... hahahaha ! =P ]
  4. Seandainya si A itu lelaki dan si B ni perempuan, sama-sama ada pasangan masing-masing, sama-sama ada ceriteria masing-masing, apakah perasaan si perempuan C ni rasa kalau dia tahu si A bercerita tentang keburukan dia kepada si B ...? Well, you should better think twice or triple for tell anyone about your story ... if si B is a GIRL, well, semua kawan-kawan si B ni akan tahu cerita tentang si C .. GIRLS ! hahahaha ~ begitulah ~ sama juga seandainya si A itu perempuan dan si B itu lelaki !
  5. Bagi aku, si A nih memang tak salah dia nak cakap pasal si C dengan si B kerana ia bagaikan meminta pendapat - kalau si A dan si B sama jantina ! - ... tetapi, cara sebaiknya, si A kena berbincang dengan si C, bagaimana hubungan yang dia mahukan, jika si C tak dapat lakukan, terpulanglah kepada si A. Tapi sekiranya si C sanggup berubah, ia adalah sesuatu yang baik kepada si A, dan si A harus bagi peluang kepada si C untuk berubah ! .. its not a big deal for giving a chance to a person that we love ! ........ well, kan dah gitau kat atas yang - "Love isn't finding a perfect person, but its seeing an imperfect person perfectly" ....
  6. Setiap orang ada kisah masing-masing dan tersendiri ....
  7. Seribu orang pakwe/makwe yang kita ada, akan ada seribu perangai yang korang akan jumpa dan kena mengendalikan nya! hahahahaha ....
Ehem ehem !
Mungkin dua jelah dulu points aku ! hahahaha
Entah hape-hape ... (-_-)
Well, aku sendiri pun terasa dengan apa yang aku tulis nih .....
Tapi, sebenarnya, banyak yang kita kena belajar ! ....
Tapi, percayalah !
"Dengan KESAKITAN yang KITA RASA, kita akan BERUBAH!"
"Dengan setiap yang kita LALUI, kita akan melalui dengan PELBAGAI RINTANGAN!"
"Setiap orang ada kisah masing-masing, begitu juga aku ...."

❝ Jangan PERNAH MENYESAL mengenali seseorang kerana seorang yang baik akan membahagiakan, yang tidak baik adalah pengalaman, yang terburuk memberi pengajaran dan yang TERBAIK ingat sebagai KENANGAN. ❞

p/s::: betul atau salah tentang pendapat aku, aku mintak maaf ..... =)

"... CERITERIA AKU TIDAK SEINDAH CERITERIA MU KERANA AKU JUGA INSAN YANG TAK SEMPURNA DAN BANYAK MELAKUKAN KESILAPAN, AKU MENCUBA UNTUK BERUBAH DAN AKAN TERUS MENCUBA ..."
KERANA AKU SAYANG KAMU ... =)




Tuesday, December 4, 2012

S.T.U.D.Y


Assalamua'laikum !! STUDY STUDY STUDY !! ....

Well, minggu neh minggu test yang susah-susah !! .. 

  • Soil mechanics .....
  • Mathematics III .....
aduhai .... rase cam nak pitam study - KONON ! -
padahal dalam bilik dengar lagu dan on9 ...
haizzz ... budak zaman sekarang ... ish3x ...

Oke ! STUDY  ! ..... Blah Luuuu ~~ :P


Thursday, August 9, 2012

Mengapa Mesti Aku ...?

Assalamua'laikum w.b.t. dan salam sejahtera,


Entah kenapa aku terasa perasaan aku stuck secara tiba-tiba... :(
Mengapa mesti aku cemburu?
Aku cemburu tengok 'dia' komen-komen dengan perempuan lain.
Mengapa mesti aku rasa perasaan tak senang?
Sedangkan antara kami telah lama berakhir...

Mengapa mesti aku cemburu tengok dia dah ada orang lain?
Mengapa aku tak dapat menerima hakikat ni?
Mengapa susah untuk aku melepaskan 'dia' pergi dari hidup aku?
Dah banyak kali aku meyakinkan diri aku sendiri,
'Dia' dah pergi,
'Dia' dah bersama orang lain,
'Dia' dah lama pergi!


Mengapa mesti aku yang rasakan semua ini?
Sedangkan aku mencuba untuk komen dengan kawan lelaki aku.
Aku cuba sedaya upaya untuk gembira kan aku sendiri.
Aku cuba kerana aku tak mampu untuk melupakan 'dia'.
Siap ada orang cakap lagi pada aku,
"Wei, dayah, harap otak je pandai! Bila masuk bab cinta ni, ko lemah tak reti nak berfikir..."
- memang aku lemah kawan! Aku tak kuat lagi untuk hadapi kehilangan. Pernah aku kehilangan seorang teman yang sangat aku sayang kerana dia juga ada orang lain dan ia menyebabkan aku sedih, perasaan aku pedih dan stuck. Sebab tu aku tak boleh berfikir dan fokus buat kerja bila aku sedih! -

Selain itu, aku pernah terbaca,
"Kalau nak tahu orang itu adalah jodoh kita, kita akan merasakan perangai kita sendiri sewaktu bersama dia."
- ye, ketika aku bersama 'dia', aku tak pernah berlakon, aku tak pernah buat drama, memang semuanya perangai aku sendiri. Tapi, aku tak tahu kenapa aku marah pada 'dia'. Aku terasa aku sunyi. Kadang-kadang aku tak tahu dengan siapa aku nak gaduh.
Hidup aku terasa keseorangan walaupun kawan ada di sisi. Sebab itu aku memilih 'dia'. Tapi aku sendiri tak mengerti mengapa mesti aku pilih dia. Aku mengaku yang kami berpisah kerana diri aku. Aku tak marah saat itu, tapi entah kenapa. Bila saat aku ada problem, hubungan kami yang menjadi mangsa. Tapi, percayalah, dalam diri aku dan dalam hati aku, semua kekerasan itu tak wujud! Aku hanya meluahkan apa yang aku rasa... -

Ada juga post yang mengatakan,
"Walau sekuat mana pun kita genggam hubungan kita dengan seseorang, kalau TIADA jodoh antara kamu berdua, tiada gunanya juga. Walau sejauh mana terpisah, kalau ADA jodoh antara kamu, suatu hari nanti akan bersatu juga."
- Aku yakin dan aku percaya pada jodoh dan takdir yang ditetapkan ALLAH s.w.t. Tapi, mengapa mesti aku terus sedih dan merasakan perasaan stuck! Dulu, kami sentiasa berdoa supaya ALLAH s.w.t. menjaga dan mengekalkan hubungan kami berdua, sekarang pun aku masih berdoa. Aku tak tahu tentang 'dia'. Yang aku dapat tahu, 'dia' dah ada pengganti aku dan kini bersama orang lain. Aku sentiasa berdoa agar aku dapat menerima kehilangan 'dia' dalam hidup aku... Aku keliru dalam membuat keputusan sendiri kerana aku terbiasa ada orang yang membuat keputusan untuk aku. -

Dalam facebook (aku tak boleh mesej dia lagi)---,
Aku terasa nak tegur je dia...
Aku nak bersapa dengan dia seperti dulu..
Tapi, aku tahu, tak mungkin aku dapat.
Aku terpaksa mempertahankan kehendak aku agar tidak buat begitu.
Kadang-kadang aku rasa ingin aku unfriend and block dia,
agar aku tidak lagi membuka profile dia, gambar dia, apa yang dia lakukan...
Aku juga ingin buat begitu kerana aku tak nak tahu dengan siapa dia bersama sekarang! Aku tak ingin tengok dengan siapa dia komen!
Segalanya membuatkan aku sendiri rasa sedih!
Tapi, aku tak buat semua tu...
Sebab aku takut aku menyesal,
Bila aku rindu nanti, aku tak dapat la tengok dia lagi kalau aku buat macam tu.
Mengapa mesti aku rasakan semua ni !!!

Aku sentiasa berpesan pada diri aku,
"Cinta itu tak semestinya memiliki"
- Aku harus menerima itu -

*semoga 'dia' bahagia bersama yang lain*
*Aku bahagia bila 'dia' yang aku sayang bahagia* :)