السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Thursday, August 9, 2012

Mengapa Mesti Aku ...?

Assalamua'laikum w.b.t. dan salam sejahtera,


Entah kenapa aku terasa perasaan aku stuck secara tiba-tiba... :(
Mengapa mesti aku cemburu?
Aku cemburu tengok 'dia' komen-komen dengan perempuan lain.
Mengapa mesti aku rasa perasaan tak senang?
Sedangkan antara kami telah lama berakhir...

Mengapa mesti aku cemburu tengok dia dah ada orang lain?
Mengapa aku tak dapat menerima hakikat ni?
Mengapa susah untuk aku melepaskan 'dia' pergi dari hidup aku?
Dah banyak kali aku meyakinkan diri aku sendiri,
'Dia' dah pergi,
'Dia' dah bersama orang lain,
'Dia' dah lama pergi!


Mengapa mesti aku yang rasakan semua ini?
Sedangkan aku mencuba untuk komen dengan kawan lelaki aku.
Aku cuba sedaya upaya untuk gembira kan aku sendiri.
Aku cuba kerana aku tak mampu untuk melupakan 'dia'.
Siap ada orang cakap lagi pada aku,
"Wei, dayah, harap otak je pandai! Bila masuk bab cinta ni, ko lemah tak reti nak berfikir..."
- memang aku lemah kawan! Aku tak kuat lagi untuk hadapi kehilangan. Pernah aku kehilangan seorang teman yang sangat aku sayang kerana dia juga ada orang lain dan ia menyebabkan aku sedih, perasaan aku pedih dan stuck. Sebab tu aku tak boleh berfikir dan fokus buat kerja bila aku sedih! -

Selain itu, aku pernah terbaca,
"Kalau nak tahu orang itu adalah jodoh kita, kita akan merasakan perangai kita sendiri sewaktu bersama dia."
- ye, ketika aku bersama 'dia', aku tak pernah berlakon, aku tak pernah buat drama, memang semuanya perangai aku sendiri. Tapi, aku tak tahu kenapa aku marah pada 'dia'. Aku terasa aku sunyi. Kadang-kadang aku tak tahu dengan siapa aku nak gaduh.
Hidup aku terasa keseorangan walaupun kawan ada di sisi. Sebab itu aku memilih 'dia'. Tapi aku sendiri tak mengerti mengapa mesti aku pilih dia. Aku mengaku yang kami berpisah kerana diri aku. Aku tak marah saat itu, tapi entah kenapa. Bila saat aku ada problem, hubungan kami yang menjadi mangsa. Tapi, percayalah, dalam diri aku dan dalam hati aku, semua kekerasan itu tak wujud! Aku hanya meluahkan apa yang aku rasa... -

Ada juga post yang mengatakan,
"Walau sekuat mana pun kita genggam hubungan kita dengan seseorang, kalau TIADA jodoh antara kamu berdua, tiada gunanya juga. Walau sejauh mana terpisah, kalau ADA jodoh antara kamu, suatu hari nanti akan bersatu juga."
- Aku yakin dan aku percaya pada jodoh dan takdir yang ditetapkan ALLAH s.w.t. Tapi, mengapa mesti aku terus sedih dan merasakan perasaan stuck! Dulu, kami sentiasa berdoa supaya ALLAH s.w.t. menjaga dan mengekalkan hubungan kami berdua, sekarang pun aku masih berdoa. Aku tak tahu tentang 'dia'. Yang aku dapat tahu, 'dia' dah ada pengganti aku dan kini bersama orang lain. Aku sentiasa berdoa agar aku dapat menerima kehilangan 'dia' dalam hidup aku... Aku keliru dalam membuat keputusan sendiri kerana aku terbiasa ada orang yang membuat keputusan untuk aku. -

Dalam facebook (aku tak boleh mesej dia lagi)---,
Aku terasa nak tegur je dia...
Aku nak bersapa dengan dia seperti dulu..
Tapi, aku tahu, tak mungkin aku dapat.
Aku terpaksa mempertahankan kehendak aku agar tidak buat begitu.
Kadang-kadang aku rasa ingin aku unfriend and block dia,
agar aku tidak lagi membuka profile dia, gambar dia, apa yang dia lakukan...
Aku juga ingin buat begitu kerana aku tak nak tahu dengan siapa dia bersama sekarang! Aku tak ingin tengok dengan siapa dia komen!
Segalanya membuatkan aku sendiri rasa sedih!
Tapi, aku tak buat semua tu...
Sebab aku takut aku menyesal,
Bila aku rindu nanti, aku tak dapat la tengok dia lagi kalau aku buat macam tu.
Mengapa mesti aku rasakan semua ni !!!

Aku sentiasa berpesan pada diri aku,
"Cinta itu tak semestinya memiliki"
- Aku harus menerima itu -

*semoga 'dia' bahagia bersama yang lain*
*Aku bahagia bila 'dia' yang aku sayang bahagia* :)

No comments:

Post a Comment