السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sunday, July 29, 2012

Hanya .M.I.M.P.I.


"Assalamua'laikum w.b.t. datang nak raya ni !", kata si 'dia'.
"Wa'kumsalam w.b.t. eh, masuklah !", kata umi.


Aku bersama-sama kanak-kanak bermain belon strawberi yang kami bawa balik dari Cameron dulu terpandang. "Aik, macam kenal je suara tu".... detik hatiku.
Aku terpaku. Aku tertanya-tanya, "betulkah atau mimpi yang sedang aku lalui?".


Tapi aku tetap tersenyum gembira. Aku tak kisah mimpi atau realiti, yang penting 'dia' di depanku !
Aku terus melayan 'dia' seperti mana aku layan tetamu yang lain.
"Cantik baju", katanya sambil tersenyum manis terhadapku.
Aku hanya tersenyum. :)
Aku tidak mampu berkata apa-apa.


Setelah selesai sahaja makan di ruang tamu, 'dia' turun ke taman di halaman rumah.
'Dia' memanggilku bersama. Aku mengikut.
Bersama seorang rakan yang sentiasa menemani di sisi 'dia' walaupun jauh.
Katanya ingin menjelaskan kenapa dan mengapa 'dia' lakukan perkara seperti itu.
Aku terdiam berfikir.
"Mengapa perlu jelaskan?"... detik hatiku.
"Tak perlu la jelaskan semua itu, aku tak ingin tahu. Lagipun semua tu hal lepas, malas nak fikirkan lagi", ulasku panjang.
'Dia' diam.
Dari raut wajahnya dapat aku perhatikan, 'dia' memikirkan sesuatu.


"Jangan risaulah, aku okeh!", selorohku. Risau pula tengok kerutan yang tak senang dimukanya.
"Kau semakin gemuk ni", katanya bergurau. Aku ketawa sambil berkata, "kau pun samalah wei!".
Sambil dia dan aku duduk di atas bangku di halaman rumah, kami bergurau senda.
Bahagianya aku saat itu, segala masalah hilang sekelip mata.
Aku rasa hidup ini bermain dengan ku.


Di saat itu, aku berdoa agar aku sentiasa bahagia bersamanya.
Aku berdoa agar itu bukanlah MIMPI tapi REALITI.
Tapi, semuanya gelap gelita apabila .......


"Yu ! Yu ! Yu ! Bangun lah, pukul 10.30 pagi ni ! Kata nak pergi faks surat tu !"
Umi memanggilku.
Bersama tekakku yang sekarang tengah sakit dan bersuara serak, aku menjawab, "Ye umi, yu bangun ni !".
Sedangkan aku masih lagi berharap agar dapat menyambung apa yang ku MIMPIkan tadi.
Aku berdoa, YA ALLAH, tolonglah kembalikan aku di dalam mimpiku tadi, aku tak ingin lagi untuk bangun dan menghadapi realiti yang sebenarnya.


Di saat itu, aku sedar, itu HANYA MIMPI ...



No comments:

Post a Comment