السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Saturday, December 29, 2012

Anything About LOVE !


Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Well, according to the tittle, hurmm .... Lets see ... err, dalam BM and BI eh ! haha =D
Seriously, I have no idea on what the purpose of that TITTLE .... and why ...???

Entah hape-hape lah tajuk nih !

semasa nak tulis blog ni, aku terfikir tentang CINTA or known as LOVE,
Frankly, I'm also in love now ! .. =)
But, aku still nak luahkan pendapat aku kat sini. 
Harap maaf kalau ada yang terasa, cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah tiada ... =)

Aku pernah dengar tentang,

"Stop finding for the right women/men, but try to be a right women/men"
"Love isn't finding a perfect person, but its seeing an imperfect person perfectly"

kalau orang kata LOVE itu adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan seseorang, kenapa mesti bermain dengannya ......?
Dah ada kapel kan, kenapa perlu mencari orang lain ...? GILA kau ! Gila !
hahahahhahaa ..... GILA la orang tuh !
Setiap orang ada LOVE STORY mereka masing-masing dan TAK SAMA dengan orang lain !...

Well, aku ada point sikit-sikit dengan korang jugak ni ....

And, JANGAN ADA YANG TERASA ! =)
TAK KIRA LELAKI @ PEREMPUAN ! .. 

  1. Curang ...? Bahagia ke korang curang dengan pasangan anda ? sekejap tadi ada terbaca post seseorang mengatakan, "Tak salah kita curang dengan pasangan kita selagi kita belum kahwin" .... well, memang tak salah pun, tapi yang salah nye, kita mainkan perasaan pasangan kita !... Mungkin kita bahagia dengan mainkan perasaan seseorang, tetapi, pernahkah terfikir, tetiba kita rasa betul-betul sayangkan seseorang tu, then, seseorang tu juga bermain dengan perasaan kita.. Cuba fikir! Bahagia kah kita kalau kita nak curang .....?
  2. Kisah Cinta atau LOVE STORY ...? Setiap orang mempunyai kisah cinta mereka tersendiri, dan TAK SAMA dengan orang lain.... Let me explain to you........ Dalam satu kisah (aku dengar dari kawan aku - maafkan aku kawan sebab kopipes kau punya cerita -eh, ade kene mengena yg hidup lak!.. hehehe), si A bercerita kepada si B yang telah aku pendekan !.. hehe =)

  • si A : Aku pelik la awek/pakwe aku [consider as C] ni ......
  • si B : kenapa pulak dengan dia?
  • si A : Yela, sentiasa jealous je, setiap masa jealous ....
  • si B : eh, aku tak faham la.. ape yang big deal sangat tentang jealous nih ??
  • si A : Yela, ko nak tahu tak, setiap kali aku komen-komen ke, atau mesej ke dengan perempuan lain kat Facebook @ Tweeter, terus hah call aku .....!
  • si B : larrr, yeke ?
  • si A : Yela .... aduhai ... -_-
  • si B : Pelik gak ngan C kau nih eh ! Kalau aku tak pula macam tuh, kalau awek/pakwe aku [consider as D], dia sporting je... Aku pernah tanya dia, samada dia oke ke tak kalau aku mesej atau komen-komen dengan orang lain, dia cakap oke je.....
  • si A : Hmm... baguslah macam tu ..... kan ?
  • si B : Yela, dia cakap kalau dengan kawan oke je ..... tak kisah ... Dia tahu aku setia ....... hahahaha
  • si A : Baguslah kalau macam tu, tapi aku pun setia jugak lah ! Adoyai !
  • si B : Dah lame ke wei korang kapel ??
  • si A : Tak de lah lame sangat, dalam 2 tahun setengah !
  • si B : Choi ! Lame doe tuh ! Bangang ! hahahahaha
  • si A : Tapi weh, aku kadang-kadang rimas lah..
  • si B : kenapa pulak ??!!
  • si A : Yela, setiap masa je nak call ke, nak mesej ke ... kadang-kadang kalau tak replied mesej dia ke, tak angkat call dia ke, lambat ke .. bla bla bla .......... dia terus merajuk, x semena-mena ! Aku tak tahu la !
  • si B : Ala biasa la tu, -Kalau C tu perempuan- orang perempuankan perlukan perhatian lebih sikit.... Kalau C tu lelaki - Dia risaukan kau la tuh ! Kalo aku dengan D ni, lain sikit la .. Kadang-kadang tak mesej jugak, sebab dia busy dan aku pun busy, pandai-pandai la ... tapi malam tu sebelum tido, kenalah call ke atau mesej ke .. baru lena sikit nak tido ........ kalau tak memang aku pun marah jugak lah ! hahahaha
  • si A : Yeke? Baguslah macam tu, tapi biarlah ...... =)
Aha ! Mengikut cerita diatas, hurrmmm ... 
Banyak persoalan dan pendapat pula yang bermain di minda aku !...
- Si C tuh macam aku ! - hahahahaha =D
- Giler weh terasa dengan cerita sendiri ! (=_=)
- INI MEMANG GILER SAME @ SAME GILER ! (-_-)
  1. Mungkin salah si C sebab terlampau jealous, tapi mungkin jugak semua tu bersebab.. well, kan sekarang ni lelaki tak boleh percaya .. er, tapi perempuan pun tak boleh percaya ! Cume mungkin si C ni terlampau sayangkan si A ... salah jugak kalau terlampau sayang ! ayyaaaiiii ~ hahaha ~
  2. CEMBURU tu dah memang SIFAT yang ada dalam diri PEREMPUAN. cuma si perempuan kena pandai kontrol ! -pesanan kpd diri aku jugak sebab aku pun jenis kuat jealous ! hahaha -
  3. Perbezaan antara kisah A dan B, yang paling baik adalah kisah si B, di mana sama-sama tak kisah tentang masing-masing... si B mungkin la boleh berkata biasa, tapi seandainya si D buat hal, tak ke keruan dibuatnya ! haha [Mentang-mentang lah si C tuh macam same dengan aku kan, memang aku MAKAN lah si B .... hahahaha ! =P ]
  4. Seandainya si A itu lelaki dan si B ni perempuan, sama-sama ada pasangan masing-masing, sama-sama ada ceriteria masing-masing, apakah perasaan si perempuan C ni rasa kalau dia tahu si A bercerita tentang keburukan dia kepada si B ...? Well, you should better think twice or triple for tell anyone about your story ... if si B is a GIRL, well, semua kawan-kawan si B ni akan tahu cerita tentang si C .. GIRLS ! hahahaha ~ begitulah ~ sama juga seandainya si A itu perempuan dan si B itu lelaki !
  5. Bagi aku, si A nih memang tak salah dia nak cakap pasal si C dengan si B kerana ia bagaikan meminta pendapat - kalau si A dan si B sama jantina ! - ... tetapi, cara sebaiknya, si A kena berbincang dengan si C, bagaimana hubungan yang dia mahukan, jika si C tak dapat lakukan, terpulanglah kepada si A. Tapi sekiranya si C sanggup berubah, ia adalah sesuatu yang baik kepada si A, dan si A harus bagi peluang kepada si C untuk berubah ! .. its not a big deal for giving a chance to a person that we love ! ........ well, kan dah gitau kat atas yang - "Love isn't finding a perfect person, but its seeing an imperfect person perfectly" ....
  6. Setiap orang ada kisah masing-masing dan tersendiri ....
  7. Seribu orang pakwe/makwe yang kita ada, akan ada seribu perangai yang korang akan jumpa dan kena mengendalikan nya! hahahahaha ....
Ehem ehem !
Mungkin dua jelah dulu points aku ! hahahaha
Entah hape-hape ... (-_-)
Well, aku sendiri pun terasa dengan apa yang aku tulis nih .....
Tapi, sebenarnya, banyak yang kita kena belajar ! ....
Tapi, percayalah !
"Dengan KESAKITAN yang KITA RASA, kita akan BERUBAH!"
"Dengan setiap yang kita LALUI, kita akan melalui dengan PELBAGAI RINTANGAN!"
"Setiap orang ada kisah masing-masing, begitu juga aku ...."

❝ Jangan PERNAH MENYESAL mengenali seseorang kerana seorang yang baik akan membahagiakan, yang tidak baik adalah pengalaman, yang terburuk memberi pengajaran dan yang TERBAIK ingat sebagai KENANGAN. ❞

p/s::: betul atau salah tentang pendapat aku, aku mintak maaf ..... =)

"... CERITERIA AKU TIDAK SEINDAH CERITERIA MU KERANA AKU JUGA INSAN YANG TAK SEMPURNA DAN BANYAK MELAKUKAN KESILAPAN, AKU MENCUBA UNTUK BERUBAH DAN AKAN TERUS MENCUBA ..."
KERANA AKU SAYANG KAMU ... =)




Tuesday, December 4, 2012

S.T.U.D.Y


Assalamua'laikum !! STUDY STUDY STUDY !! ....

Well, minggu neh minggu test yang susah-susah !! .. 

  • Soil mechanics .....
  • Mathematics III .....
aduhai .... rase cam nak pitam study - KONON ! -
padahal dalam bilik dengar lagu dan on9 ...
haizzz ... budak zaman sekarang ... ish3x ...

Oke ! STUDY  ! ..... Blah Luuuu ~~ :P


Thursday, August 9, 2012

Mengapa Mesti Aku ...?

Assalamua'laikum w.b.t. dan salam sejahtera,


Entah kenapa aku terasa perasaan aku stuck secara tiba-tiba... :(
Mengapa mesti aku cemburu?
Aku cemburu tengok 'dia' komen-komen dengan perempuan lain.
Mengapa mesti aku rasa perasaan tak senang?
Sedangkan antara kami telah lama berakhir...

Mengapa mesti aku cemburu tengok dia dah ada orang lain?
Mengapa aku tak dapat menerima hakikat ni?
Mengapa susah untuk aku melepaskan 'dia' pergi dari hidup aku?
Dah banyak kali aku meyakinkan diri aku sendiri,
'Dia' dah pergi,
'Dia' dah bersama orang lain,
'Dia' dah lama pergi!


Mengapa mesti aku yang rasakan semua ini?
Sedangkan aku mencuba untuk komen dengan kawan lelaki aku.
Aku cuba sedaya upaya untuk gembira kan aku sendiri.
Aku cuba kerana aku tak mampu untuk melupakan 'dia'.
Siap ada orang cakap lagi pada aku,
"Wei, dayah, harap otak je pandai! Bila masuk bab cinta ni, ko lemah tak reti nak berfikir..."
- memang aku lemah kawan! Aku tak kuat lagi untuk hadapi kehilangan. Pernah aku kehilangan seorang teman yang sangat aku sayang kerana dia juga ada orang lain dan ia menyebabkan aku sedih, perasaan aku pedih dan stuck. Sebab tu aku tak boleh berfikir dan fokus buat kerja bila aku sedih! -

Selain itu, aku pernah terbaca,
"Kalau nak tahu orang itu adalah jodoh kita, kita akan merasakan perangai kita sendiri sewaktu bersama dia."
- ye, ketika aku bersama 'dia', aku tak pernah berlakon, aku tak pernah buat drama, memang semuanya perangai aku sendiri. Tapi, aku tak tahu kenapa aku marah pada 'dia'. Aku terasa aku sunyi. Kadang-kadang aku tak tahu dengan siapa aku nak gaduh.
Hidup aku terasa keseorangan walaupun kawan ada di sisi. Sebab itu aku memilih 'dia'. Tapi aku sendiri tak mengerti mengapa mesti aku pilih dia. Aku mengaku yang kami berpisah kerana diri aku. Aku tak marah saat itu, tapi entah kenapa. Bila saat aku ada problem, hubungan kami yang menjadi mangsa. Tapi, percayalah, dalam diri aku dan dalam hati aku, semua kekerasan itu tak wujud! Aku hanya meluahkan apa yang aku rasa... -

Ada juga post yang mengatakan,
"Walau sekuat mana pun kita genggam hubungan kita dengan seseorang, kalau TIADA jodoh antara kamu berdua, tiada gunanya juga. Walau sejauh mana terpisah, kalau ADA jodoh antara kamu, suatu hari nanti akan bersatu juga."
- Aku yakin dan aku percaya pada jodoh dan takdir yang ditetapkan ALLAH s.w.t. Tapi, mengapa mesti aku terus sedih dan merasakan perasaan stuck! Dulu, kami sentiasa berdoa supaya ALLAH s.w.t. menjaga dan mengekalkan hubungan kami berdua, sekarang pun aku masih berdoa. Aku tak tahu tentang 'dia'. Yang aku dapat tahu, 'dia' dah ada pengganti aku dan kini bersama orang lain. Aku sentiasa berdoa agar aku dapat menerima kehilangan 'dia' dalam hidup aku... Aku keliru dalam membuat keputusan sendiri kerana aku terbiasa ada orang yang membuat keputusan untuk aku. -

Dalam facebook (aku tak boleh mesej dia lagi)---,
Aku terasa nak tegur je dia...
Aku nak bersapa dengan dia seperti dulu..
Tapi, aku tahu, tak mungkin aku dapat.
Aku terpaksa mempertahankan kehendak aku agar tidak buat begitu.
Kadang-kadang aku rasa ingin aku unfriend and block dia,
agar aku tidak lagi membuka profile dia, gambar dia, apa yang dia lakukan...
Aku juga ingin buat begitu kerana aku tak nak tahu dengan siapa dia bersama sekarang! Aku tak ingin tengok dengan siapa dia komen!
Segalanya membuatkan aku sendiri rasa sedih!
Tapi, aku tak buat semua tu...
Sebab aku takut aku menyesal,
Bila aku rindu nanti, aku tak dapat la tengok dia lagi kalau aku buat macam tu.
Mengapa mesti aku rasakan semua ni !!!

Aku sentiasa berpesan pada diri aku,
"Cinta itu tak semestinya memiliki"
- Aku harus menerima itu -

*semoga 'dia' bahagia bersama yang lain*
*Aku bahagia bila 'dia' yang aku sayang bahagia* :)

Tuesday, August 7, 2012

Maafkan aku ...

Assalamua'laikum w.b.t. dan salam sejahtera ... :)

Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HACKS)
- Sekali cinta, selamanya aku tetap cinta -

Sayang dan Cinta ada bezanya...

- Kalau kita sayang dia, kita sentiasa ingin melihat orang yang kita sayang tu selalu gembira dan bahagia setiap masa -

- Kalau kita cintakan dia, kita akan sentiasa inginkan yang terbaik untuk dia walaupun dia tidak tahu yang kita cintakan dia -

* Aku ingin cintakan kau dengan sederhana *

Walaupun antara kita telah berakhir, aku sentiasa mengingati mu,
sentiasa menyanyangi mu dan sentiasa mencintaimu.
Aku masih ingat kata-kata mu pada aku,
- Dayah, aku akan cinta mu sampai mati -
Walaupun kau main-main, aku tetap bahagia dengan ayat kau ... :)
Maafkan aku andai diri ini tidak sempurna,
Maafkan aku kerana masih menyanyangimu, merinduimu dan mengingatimu hingga ke saat ini...


Sunday, August 5, 2012

STUCK !

Assalamua'laikum dan salam sejahtera ... :)



errr.. bukan nak tunjuk diri sebenarnya .. ceh! hahaha :P
*sorry, poyo sket!*

Well, nak cerita sedikit ...
Hari ni, aku pergi jejalan sorang-sorang ...
Al-maklumlah, hidup sorang memang sorang-sorang la kan! .. haha
Tahu tak, aku amek gambar ni, tengah-tengah stuck!
Aku stuck dalam jem dekat ngan setengah jam taw .. ish3x ...
Dalam rancangan kononnya nak beli la purse baru, nak beli polistrin (eja salah tu),
nak cuci gambar and bla bla bla..
Aku dengan yakin dan sure yeh, pergi la dengan harapan tak jem!
Ceh! Harapan ku musnah pabila start je dari Pasir Tumboh, jem gileeeerrrr ...
Dengan perangai "Baik Gileerrr" aku kononnya, bersabar lerrr .. haha :P


Sesampainya aku di traffic light Kubang Kerian tuh, aku jadi antara dua dan keliru nak gi mana..
Macam org yg hilang arah..
Dalam hilang arah, aku drive jugak lah sampai di Pantai Timur Pengkalan Chepa.
Kata hatiku, kata nak gi Parkson! Konon! ...haha
Ehem, al-maklumlah, dulu kan dah biasa pergi Pengkalan Chepa..
Mengenang juga la kisah lalu sedikit sebanyak! .. ahaks ! .. XD
Nak dijadikan cerita, aku macam anak ayam kehilangan arah plak dekat situ..
Aku cari la apa yang aku nak ...
Tak jumpa, yang jumpa benda lain lak, Gitar !!!! haha
*memang impian aku nak beli dan ada gitar sendiri sebab nak nyanyi lagu untuk orang yang aku sayang (umi, ayah, suami -insya_allah-) suatu hari nanti - cita-cita je -* :)
Ingat nak beli la kan ...
Tapi tetiba dari mana datang perasaan cun dan baik yeh, aku kembali ke jalan asal...
hahaha XP


So, aku make a moved da...
Pergi lah aku ke Parkson, *terkenang lagi kisah aku di sana* 
- gila banyak kisah dan kenangan bersama - ceh! hahaha XD
cari Purse yang aku suka ...
Bajet nak beli purse RM100 je ..
Aku terlihat lerrr purse SEMBONIA, cantik gileerrr...
Sekali ngan harga la cantik yeh! phuii! - CANCEL! - hahaha
Setelah satu jam lebih aku kat PARKSON berfikir nak beli ke tak ..
Aku pun putuskan, cari kat tempat lain ..
So, bergerak lah aku ke KB MALL .. hahaha
*memang "BEST" lah gerak sorang-sorang* :(


Sesampai di KB MALL,
Alhamdulillah, syukur aku! - Dapat tempat parking ngan serta merta -
*teringat lak kenangan KB MALL nih!*
"Ya ALLAH, bawalah aku jauh dari sini." -Doaku-
Tapi apakan daya, aku "Terhenti Di Sini" .. :(
Well, bergerak lah aku jalan-jalan...
Punyalah crowded!
Ramai gileerr ah orang... :(
Tapi, aku redha dan terus berjalan .. hehe :D
Aku berjalan-jalan, pusing-pusing (360 Darjah) - agagagaaaa --
Jeng Jeng Jeng !!!
Aku jumpa baju kurung !!! Cantik !! - Lari Matlamat buat sementara! - XD
Well, aku kan "Baik Gileerr"..
So, aku teruskan perjuanganku ...
PONG ! aku jumpa purse yang aku nak ...
Cantiiiikkk !! - Apo Laei! Aku beli lah! - hehehe :D
Setelah itu, aku berfikir ... kul berapa ni ... Jeng! 5.45 p.m! Choii!
Banyak agi benda nak beli ..
Aku gerak ke Nirwana sebab barang aku nak ada kat situ je .. hehe :D
Gerak punya gerak, drive drive drive la kancil merahku tu ...
Perrggghhh, STUCK!
Jem gileerr ah! Dekat Pukul 6.30 p.m jugak la aku nak sampai dekat Nirwana tu ..
Ape-apepun, aku terus parking!
Nak je masuk Nirwana, Eskeleter yg naik tuh ditutup dah! Chooii lagi la! hahaha
So, dengan perasaan yang kecewa kononnya, aku pun nak balik la ...

Aik, dengan tetiba langkahku terhenti ....
Jeng! .. Bazar ramadhan kat tepi Nirwana ..
Aku pun apo laei .. Jalan la kat sana ..
Mencari-cari lah makanan best-best kat situ ..
Jumpa lah jugak aku ngan ayam kepsi kononnya dan kerabu perut ..
Dekat dengan pukul 7.00 p.m la aku balik rumah ..
Sesampai kat umah, 10 minit lagi nak berbuka..
Hihi, dengan bangganya aku tunjuk kat umi purse aku yang baru ..
Ayah cakap cantik, begitu juga umi.. haha 
Tapi, barang utama yang lain belum lagi terbeli .. hihi


Dengan itu, azan Maghrib pun berkumandang,
Kami sekeluarga pun berbuka la ..
Eh, tu jeh cerita aku! haha :D


p/s:: bosan nih! ... :(

Wednesday, August 1, 2012

Jika Dia Bukan Milikku ...

Assalamua'laikum w.b.t.


Kita mampu merancang,
Tapi ALLAH S.W.T yang menentukan segala-galanya...


Aku sayangkan dia,
Aku telah janjikan dia yang terakhir bagiku...
Kini dia telah pergi dari hidupku...
Aku hanya manusia biasa...
Maafkan aku...
Aku hanya mampu berdoa...


"ALLAH S.W.T tidak akan menduga hamba-NYA dengan sesuatu yang tidak dapat digalaskan oleh hamba-NYA itu".


Tuesday, July 31, 2012

Bersama dia yang tersayang .. :)



Bismillahirahmanirrahim ...
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Pengampun,


"Ya ALLAH, kekalkanlah persahabatan kami berdua di dunia serta di akhirat kelak kerana aku amat menyanyangi nya."-Amin-


Hari ini bersama teman baikku, Nur Syairah bt Ab. Aziz di rumahnya.
Syairah ni teman baikku sejak dari aku tingkatan 2 lagi, aku sangat sayangkan dia.
Kini, dia telahpun berumahtangga.
Anak? Insya_allah ... ;)
"Semoga Syairah sekeluarga akan dikurniakan anak yang soleh dan solehah serta bahagia keluarganya sehingga ke anak cucu cicit di dunia dan di akhirat kelak."-Amin-


Dia dah berumahtangga ... Bila pulak yeh aku?
Aku masih kanak-kanak lagi dalam hal kahwin ni.
Tak mampu nak jadi isteri orang.
Time kapel pun dah kena tinggal, apatah lagi kahwin.. risau lak aku ! hahaha


Tadi, sesampai je kat rumah Syairah ni, dia boleh tipu aku! Ceh kau Syairah! hehe
Dia cakap, "Aku kat kota bharu ni. Mung duk mano tuh?"
Aku menjawab, "Aku duk dekat umah mung ni, umah mung kat mano weh?"
Al-maklumlah, dah lama tak contact sebab masing-masing busy dengan hal sendiri.
Syairah pindah rumah, so, aku tak tahu la rumah baru dia kat mana....
Kota Bharu tu rumah hubby dia, rumah yang aku pergi ni, kat Bachok.
Syairah cakap kat aku,"Mung tunggu luar tuh, nanti ado ore gi amek!"
Aku curious terus tanya, "Sapo weh?"
"Teko??!!" Gurau Syairah.
"Adus, sapo plok? Risau aku!" seloroh aku plak.
"Tengok lah nanti!" Jawab Syairah sekali lagi.
"Ok", jawab aku pendek!


Jeng Jeng Jeng!
Syairah datang amek aku! Ceh! Tadi cakap kat Kota Bharu...
ahahaha ... so, aku ikut la dia ke rumahnya ...
Aku jumpa ngan mak dan adik-adik dia..
Bercerita tentang diri masing-masing.
Aku rasa tersangat gembira, aku rasa macam ada adik sendiri bila main ngan dia punya anak saudaranya tu ... Nak tengok? hehe :)
Ni lah anak saudara Syairah ...... (gambar kat bawah)




Nakal betul budak ni... Suka sangat aku main dengannya ... Nama dia Balqis .. :)
Kami berbual-bual kat tepi pantai.
Then, same-same layan cerita SAW 5 dan layan cerita Final Destination 5.
Adik-adiknya tengok sambil tutup mata kalau time part2 yang ngeri tu.
Aku dan Syairah pula, sambil gelak2 tengok gelagat diorang.


Pukul 5.00 petang, aku pun meminta izin untuk pulang.
Al-maklumlah, pukul 5.00 petang, orang dah nak start balik kerja.
Hubby Syairah pun nak balik, nanti Syairah nak masak lagi untuk berbuka.
Segan lak aku nak kacau diorang.
So, pulanglah aku ke rumah ku...


Aku berharap pertemuanku dengan Syairah dan keluarganya bukan hanya hari ini sahaja.
Aku berharap akan berjumpa dengan Syairah di masa yang akan datang dengan anaknya sekali. Insya_allah. Well Syairah! Take note taw! hehe :)
Aku sayangkan Syairah dan keluarganya.
Aku sentiasa menganggapkan dia adik beradik aku dan keluarganya juga keluarga aku. :)


Begitulah kisahku hari ini...
Harap tak terlambat untuk aku ucapkan,
"Selamat Pengantin Baru buat sahabatku yang paling aku sayang, Syairah. Semoga dikau bahagia disisi suami yang tersayang serta keluargamu nanti." Insya_allah. -Amin- :)

Sunday, July 29, 2012

SHOPPING ... :)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
Macam biasa la, nak cerita-cerita ..
Sharing kan make caring .. hoho
Bersama-sama ayah umi mencari baju raya! hehe :)


Versi KLATE ..
Lokasi :: Bazar Tok Guru


"Beli kak beli .. baju comey comey nih, baru amek !", tokey jual kain panggil plangge hok lalu2 .. sayo lalu nge umi, "woh woh woh, comey yoh umi baju tuh !", seloroh sayo..
Umi menjawab, "comey ngoti kaler dio tuh ! Gi la try, tanyo brapo ...".
*pesen dio dow la, kito nok beli keno taw hargo, biar sesuai and berbaloi nge bajet hok kito ado* ;)


Sayo gak terus try slaluh, belek-belek ! "Besar weh baju nih ! saiz ** ado dok kak?"
Ore kedai tuh jawab, "ado dik ado ! Nok warno gapo? Dio atas warno pulok saiz tu".
"Susah weh kalu tuan kecik!", desis hatiku !
Tiba-tiba ore kedai tuh oyak, "warno nih nge petten nih jah ado dik !"
Sayo belek-belek baju tuh,...."um, warno putih ko koko ko, takdok ko kak?"
Ore kedai pun jawab, "nih jah ado adik, payoh seket loni nok cari saiz kecik !"
"Aih, jujur plok kak nih !", desis hatiku lagi.


Umi sayo tuh plok jenis tok suko sangat nok belek-belek baju lamo-lamo.
'Rambang mato2' > kato umi .. hehe
"Tengok lain lah plok yu. Kito survey2 dulu.", kato umi ko sayo.
Sayo jale-jale, pusing-pusing ...
"Eh, comey plok tgk jubah nih !", sayo oyak ko umi.
"Uh, tok comey ... (=.=")"... kato umi.
"Olos, gitu plok... Beli la ko yu, nok pakai wat rayo, nok gi kuliah ! hehe :P ..", jawab sayo.
"Cari hok lain la, hok tuh banyok manik sangat, napok crowded jah !" .. speaking umi sayo! hihi..


Dengan itu, berjale dan berpusing-pusing la sayo nge umi ayoh sayo seluruh bazar tuh..
Ten ten ten ! .....
"Umi ! Umi ! Ayoh ! Ayoh ! Comey la baju nih ! .. Kain pun sedak pakai nih !... hihi :D"...bahagio sayo panggil umi suruh tengok kain tuh ...
Umi jawab, "comey comey sumguh !"..
Ayoh sayo angguk ! .. hehe :)
"Kak, saiz berapo nih kak?" tanyo sayo ko ore kedai tuh.
"Saiz 40 dik !... saiz petten ni hok kecik pun stakat 38 jah !".... kato ore kedai tuh.
Dale hati aku ngato, "cis kak, nok oyak sayo kecik lah tuh !" ... *ggrrrr* :P
So, berjale la sayo mencari baju kat kedai lain plok...
Al-maklumlah, nok beli ni keno puah ati.
Ado hok kenea, saiz tak dok.

Ado jugak hok kenea, kain kotton jah, tapi gak .... lebih bajet ...
So, sayo pun ber'survey' bersamo umi ayoh supo umi sayo kato ....


Selamo 1 jam setengah jugok la duk dale bazar tuh ....
"Guano ni umi, tok jupo hok kenea??? :( .." sayo oyap ko umi ..
"Ado lagi ko kedai hok kito tok gi?" jawab umi.
"Taw la umi, ore kedai pun supo kenal dow muko kito nih. Duk pusing-pusing." seloroh sayo ko umi.
..."Eh, umi, comey lah plok kain tuh"..... sayo panggil umi ..
"Comey ngoti yu ! Tgk saiz lah berapo, tanyo ore jual tu," jawab umi sayo.


...."Kak, saiz baju nih brapo ea?", tanyo sayo.
Kak tuh pun jawab, "saiz 'L' dik"....
Hati sayo berdesis lagi, "Ceh! Saiz kecik tak dok ko!"
Sayo tanyo plok dio, "saiz 'S' ado dok kak?"
Al-maklumlah, sayo nih bukey tinggi n besar sangat ! hehe :)
Jawab ye kak tuh, "Hok nih takdok saiz 'S' dik. Dale seminggu depe sampai la saiz-saiz baru!".



Dengan berakhir nye jawapan itu, sayo pun berbincang nge umi ayoh ...
"Jom la umi ayoh, cari tempat lain plok! Tok cekak dow nok jale ni! ...." kato sayo ko umi.
"Okeh jom!" jawab umi ....
"Tempat lain pun ado lagi..." kato ayoh ko sayo.


Shopping-Shopping ...... 





Hanya .M.I.M.P.I.


"Assalamua'laikum w.b.t. datang nak raya ni !", kata si 'dia'.
"Wa'kumsalam w.b.t. eh, masuklah !", kata umi.


Aku bersama-sama kanak-kanak bermain belon strawberi yang kami bawa balik dari Cameron dulu terpandang. "Aik, macam kenal je suara tu".... detik hatiku.
Aku terpaku. Aku tertanya-tanya, "betulkah atau mimpi yang sedang aku lalui?".


Tapi aku tetap tersenyum gembira. Aku tak kisah mimpi atau realiti, yang penting 'dia' di depanku !
Aku terus melayan 'dia' seperti mana aku layan tetamu yang lain.
"Cantik baju", katanya sambil tersenyum manis terhadapku.
Aku hanya tersenyum. :)
Aku tidak mampu berkata apa-apa.


Setelah selesai sahaja makan di ruang tamu, 'dia' turun ke taman di halaman rumah.
'Dia' memanggilku bersama. Aku mengikut.
Bersama seorang rakan yang sentiasa menemani di sisi 'dia' walaupun jauh.
Katanya ingin menjelaskan kenapa dan mengapa 'dia' lakukan perkara seperti itu.
Aku terdiam berfikir.
"Mengapa perlu jelaskan?"... detik hatiku.
"Tak perlu la jelaskan semua itu, aku tak ingin tahu. Lagipun semua tu hal lepas, malas nak fikirkan lagi", ulasku panjang.
'Dia' diam.
Dari raut wajahnya dapat aku perhatikan, 'dia' memikirkan sesuatu.


"Jangan risaulah, aku okeh!", selorohku. Risau pula tengok kerutan yang tak senang dimukanya.
"Kau semakin gemuk ni", katanya bergurau. Aku ketawa sambil berkata, "kau pun samalah wei!".
Sambil dia dan aku duduk di atas bangku di halaman rumah, kami bergurau senda.
Bahagianya aku saat itu, segala masalah hilang sekelip mata.
Aku rasa hidup ini bermain dengan ku.


Di saat itu, aku berdoa agar aku sentiasa bahagia bersamanya.
Aku berdoa agar itu bukanlah MIMPI tapi REALITI.
Tapi, semuanya gelap gelita apabila .......


"Yu ! Yu ! Yu ! Bangun lah, pukul 10.30 pagi ni ! Kata nak pergi faks surat tu !"
Umi memanggilku.
Bersama tekakku yang sekarang tengah sakit dan bersuara serak, aku menjawab, "Ye umi, yu bangun ni !".
Sedangkan aku masih lagi berharap agar dapat menyambung apa yang ku MIMPIkan tadi.
Aku berdoa, YA ALLAH, tolonglah kembalikan aku di dalam mimpiku tadi, aku tak ingin lagi untuk bangun dan menghadapi realiti yang sebenarnya.


Di saat itu, aku sedar, itu HANYA MIMPI ...



Saturday, July 28, 2012

Aku Adalah AKU !

Assalamua'laikum dan salam sejahtera pembuka bicara...


Kenapa Post ini bertajuk Aku adalah AKU ! ...


Aku seorang yang KUAT dalam mendapatkan apa yang aku MAHU !
Aku seorang yang PANAS BARAN sentiasa marah-marah !
Aku seorang yang SUKA KETAWA dalam apa jua sekalipun !
Aku seorang yang SENYUM walaupun diejek, dimarah dan ditinggalkan !


Aku Adalah AKU !

Aku memang KUAT dalam mendapatkan yang aku MAHU !
TAPI .. Aku HILANG "DIA" yang aku MAHU dalam hidupku ...
Aku memang PANAS BARAN ..!
TAPI .. Aku HILANG "DIA" sebab aku sentiasa marah-marah !
Aku SUKA KETAWA !
TAPI .. Aku HILANG KETAWAKU di saat aku sedar AKU TELAH HILANG "DIA" !
Aku memang sentiasa SENYUM !
TAPI .. Aku HILANG SENYUMKU di kala AKU KEHILANGAN "DIA" !


Aku adalah AKU !
Disebabkan AKU, Aku HILANG "DIA" yang Aku SAYANG...


Sekali Lagi, Aku kehilangan "DIA" kerana Aku adalah AKU !
Aku harus sedar, Aku telah KEHILANGAN CINTA Aku !


Aku BENCI AKU !
TAPI ... Aku adalah AKU ..!